top of page
Search
Writer's picturegombaksejahtera4u

Kepentingan Sains Sosial


Refleksi yang hendak dicapai melalui esei ini adalah terhadap kualiti pendidikan tetapi melaui perspektif yang berbeza. Penulis merasakan kualiti pendidikan terhadap sains sosial perlu ditambah baik hal ini kerana, kualiti pendidikan adalah sangat penting untuk kemajuan hidup kepada individu, demi mencapai atau menaik taraf status kehidupannya. Kualiti pendidikan yang sempurna dapat merubah individu dari sudut kewangan, status sosial, dan pemikiran. Walau bagaimanapun, di Malaysia, hanya bidang sains tulen yang sentiasa diberikan perhatian penuh terhadap para penuntut ilmu. Sejak dari bangku sekolah, pelajar sudah diajar bahawasanya kelas sains tulen adalah kelas hadapan yang mempunya pelajar yang bijak berbeza dengan kelas sastera atau prinpsip perakaunan. Perkara ini diteruskan dari zaman ke zaman tanpa kita sedar yakni sains sosial adalah sebuah bidang yang mustahak untuk dikaji dan diceburi.


Sains tulen adalah bidang yang objektif dimana bidang ini digunapakai oleh suluruh pelusuk dunia. Misalnya, biologi. Bentuk jantung, buah pinggang, paru-paru, dan seluruh anggota dalaman manusia adalah sama walaupun berbeza benua. Begitu juga dengan kimia, “periodic table” diguna pakai di seluruh dunia dan dari sudut ilmu fizik e=mc2, adalah teori mampu untuk membuat atom. Ini adalah bidang sains tulen yang sinonim di seluruh dunia. Berbeza dengan sosial sains. Contohnya, sejarah. Sejarah negara jiran seperti Indonesia, tidak sama dengan negara kita sendiri. Begitu juga dari faktor sains sosial yang lain seperti psikologi, sains politik, media, bahasan dan budaya, sosiologi, dan antropologi. Faktor yang berikut sudah semestinya tidak di antara satu negara dan negara yang lain.


Akibat kekurangan penekanan terhadap sains sosial. Bidang-bidang sains sosial sering dipandang enteng di peringkat universiti sekiranya para penuntut ilmu menceburinya dengan anggapan bidang ini tidak ada kerja dan masa depan yang cerah. Sedangkan sains sosial adalah bidang yang mampu untuk buka minda masyarakat, menyelesaikan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, dan mendedahkan kepada rakyat tentang pemahaman politik yang sebenar. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pelajar yang berada dalam bidang sains sosial, saya menjumpai bahawasnya masalah sosial di Malaysia ini sendiri tidak mempunyai kajian yang terperinci. Sebagai contoh gejala merempit dianggap negatif di sisi masyarakat tetapi apabila kita hendak mengambil referensi dari kajian lampau, amatlah sukar untuk ditemui ataupun tiada langsung. Maka gejala sosial yang seakan ini akan terus berleluasa sekiranya “literature review” terhadap kes ini masih berkurangan.


Akhir kalam, nilai positif yang mampu dilihat adalah semangat para pejuang yang sedia ada dalam bidang sains sosial yang masih mengkaji dan menyelesaikan masalah umat amatlah luar biasa meskipun bidang ini dipandang enteng. Sepertimana sains tulen, sains sosial juga adalah bidang yang amat penting untuk dimajukan. Kualiti pendidikan terhadap bidang sains sosial perlu dititikberatkan terhadap masyarakat sejak dari bangku sekolah kerana bidang ini bukan untuk golongan yang tidak cerdik.



Written by:

Abdul Syabil Nazim Bin Abdul Rashid


304 views0 comments

Recent Posts

See All

Honesty

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page