Kewujudan Covid-19 di negara kita memberi impak yang amat besar di mana perubahan demi perubahan perlu dilalui oleh setiap rakyat Malaysia. Saya juga tidak terkecuali merasa perkara yang sama. Sebagai seorang mahasiswa, saya dapat merasakan terlalu banyak perbezaan yang besar sedang dilalui oleh rakan-rakan saya yang lain dan terpaksa mendepani cabaran ini pada masa akan datang juga. Kesukaran mendapatkan pekerjaan, tekanan dalam pembelajaran secara online serta pembahagian masa yang tidak teratur menyebabkan masalah mental atau psikologi dalam kalangan mahasiswa semakin barah. Saya percaya bahawa masalah ini sudah terjadi sejak dahulu lagi tetapi keadaan yang terlalu cepat berubah menyebabkan tekanan menambah pada musim pandemik ini bagi mahasiswa.
Saya tertarik untuk mengaitkan sedikit elemen sejarah dengan situasi pandemik pada masa kini. Tidak dinafikan lagi antara solusi kepada masalah adalah berbalik kepada pengalaman yang lalu. Saya melihat perkara yang sama apabila wabak Covid-19 menjadikan vaksin dan imuniti kelompok sebagai penyelesaian masalah sebagaimana yang digunakan untuk mengatasi Spanish Flu pada tahun 1918. Walaubagaimanapun kita masih perlu bekerjasama mendepani wabak ini dan tidak boleh berputus asa lagi.
Dalam melihat kerjasama rakyat Malaysia, saya berasa amat bangga melihat rakyat Malaysia saling membantu antara satu sama lain. Covid-19 memberi implikasi yang amat besar terutamanya dari segi ekonomi rakyat. Rakyat yang mempunyai pendapatan lebih dan mengetuai NGO atau secara individu telah menghulurkan bantuan kewangan atau keperluan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Dalam menyahut agenda UN, saya dapat menyaksikan antara tujuan utama rakyat yang menolong atau bantuan diberi daripada kerajaan, semuanya bertujuan untuk mengatasi kemiskinan dan kelaparan (no poverty and zero hunger). Nilai-nilai positif yang ditunjukkan oleh kerajaan atau rakyat perlu diteladani oleh rakyat yang lain juga bagi memastikan sasaran UN tercapai di negara kita.
Sebagai pegawai pelatih di KPM, saya juga dapat menyaksikan bagaimana kerajaan menyasarkan semua murid mendapat pendidikan yang sempurna melalui bantuan yang diberikan. Melihat kepada Malaysia yang semakin berkembang melalui teknologi, pendidikan di Malaysia serta global menjadikan platform digital sudah menjadi keperluan dan bukan lagi kehendak. KPM sebagai wakil kerajaan telah menghulur bantuan gajet atau alat teknologi seperti laptop, telefon pintar atau data internet kepada para pelajar. Begitu juga dengan badan NGO yang setia membantu menyediakan keperluan para murid dan mahasiswa. Hal ini juga dapat mencapai tujuan SDG pihak UN iaitu memenuhi kualiti pendidikan negara yang seterusnya dapat membantu kepada ekonomi negara (quality education and economic growth). Segala bantuan kepada rakyat menjadi tunjang utama kepada penyelesaian masalah yang berlaku dan diharapkan supaya momentum ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang.
Written by:
Nur Ayu Zulaikha binti Muhammad Hisham
Comments